Tuesday, March 6, 2007

Rumah Melayu Tradisional


Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Antara faktor yang mempengaruhi seni bina rumah Melayu ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar.
Sila klik alamat dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan dengan rumah Melayu tradisional.

Monday, March 5, 2007

Rumah panjang orang asli Malaysia


Rumah panjang orang asli Malaysia

Jenis rumah panjang orang asli Malaysia Timur biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.
Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ianya tidak terjejas oleh air bah (banjir). Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.

http://id.wikipedia.org/wiki/Rumah_Melayu

http://www.answers.com/topic/long-house

Rumah panjang di Eropah

Rumah panjang terdapat di pelbagai tempat di seluruh dunia, termasuknya Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat. Dua jenis rumah panjang Eropah yang kini telah pupus ialah:
Jenis neolitik Danube (Bandkeramik) yang diperkenalkan oleh petani-petani yang pertama di Eropah tengah dan barat sekitar 5000 S.M..
Rumah panjang penternak lembu Germanik yang termuncul disepanjang pantai barat daya Laut Utara pada abad ke-3 S.M. ataupun abad ke-4 S.M. dan mungkin merupakan perintis untuk sesebahagian jenis rumah Zaman Pertengahan, seperti Langhus Skandinavia, dan kelainan rumah panjang Inggeris, Wales dan Scotland, serta "Fachhallenhaus" Jerman dan Belanda.
Jenis rumah panjang Zaman Pertengahan di Eropah yang masih wujud termasuknya:
langhus Skandinavia ataupun Viking
kelainan England barat daya di Dartmoor dan Wales
jenis England barat laut di Cumbria
"taighean dubha" ("blackhouse"), iaitu rumah panjang Scotland.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_panjang

http://www.answers.com/topic/long-house

Rumah panjang di luar negara


Dalam bidang arkeologi dan antropologi, rumah panjang merupakan sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini.